Sebuah novel karya Ramlee Awang Mursyid yang mengabungkan 5 watak dari novel-novelnya . Saifudin (6 siri Bagaikan Puteri),Mikhail (Mikhail), Ryu-Watanabe (Hatiku di Harajuku), Tombiruo (Tombiruo ada tiga siri buku ni) dan Carlos (Mandatori). Nie sinopsis die!!! :-
Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza. Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka . Namun di antara mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah yang dipanggil Tuan Turak - pemimpin boneka disebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat. Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal), maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati! - MAGIS
Blog ini sekadar hiburan dan berseronok sahaja..Kalau boleh follow lah blog nie yer.. Oh ya! aku masih noob tentang Blogger nie.. Jadi tolonglah aku kalau korang tau sesuatu.. ^^